Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Calon Presiden A.S Donald Trump telah mengecam Presiden Barack Obama kerana menggunakan veto untuk menyekat sebuah rang undang-undang yang akan membolehkan keluarga mangsa tragedi 9/11 untuk menyaman kerajaan Arab Saudi di mahkamah Amerika Syarikat sambil berkata bahawa jika beliau terpilih untuk menerajui Rumah Putih, beliau akan membenarkan rakyat Amerika untuk menyaman kerajaan Arab Saudi.
"Veto Presiden Obama ke atas Akta Keadilan Terhadap Penaja Keganasan (JASTA) adalah sangat memalukan dan akan menjadi salah satu daripada titik hitam dalam sejarah pentadbirannya," kata Trump dalam sebuah kenyataan yang dikeluarkan pada Jumaat semalam.
"Ini merupakan sebuah rang undang-undang yang ditaja oleh kedua-dua parti dan telahpun diluluskan secara sebulat suara oleh kedua-dua dewan Kongres yang mana rang undang-undang tersebut akan memberikan peluang kepada ahli keluarga kepada 3,000 orang yang dibunuh oleh pengganas dalam tragedi 11 September 2001, untuk mendapatkan keadilan di mahkamah undang-undang Amerika," katanya.
Serangan 11 September yang lebih dikenali sebagai serangan 9/11, merupakan sebuah siri serangan yang berlaku di Amerika Syarikat yang menyebabkan hampir 3,000 orang terbunuh dan kerosakan harta benda dan infrastruktur yang bernilai kira-kira $10 bilion.
Para pegawai Amerika Syarikat menegaskan bahawa serangan itu dilakukan oleh pengganas al-Qaeda tetapi terdapat ramai pakar dan penganalisis yang menimbulkan persoalan tentang akuan rasmi peristiwa tersebut. Mereka percaya bahawa terdapat elemen-elemen jahat di dalam kerajaan Amerika Syarikat yang merancang serangan 9/11 untuk mengaktifkan jentera perang Amerika Syarikat untuk melaksana dan memajukan agenda Zionis.
Penganalisis berpendapat bahawa Arab Saudi hanya memainkan peranan kecil dalam 9/11, tetapi operasi tersebut pada asasnya dilaksanakan oleh agensi-agensi perisikan Israel dan Amerika Syarikat untuk memusnahkan tujuh buah negara dalam tempoh lima tahun, yang mana negara-negara tersebut merupakan musuh atau ancaman kepada rejim Zionis.